Cadangan kepada utusan.com.my
Sedikit maklum balas daripada pembaca setia
Setiap pagi antara perkara pertama yang akan saya lakukan adalah membukan lawan web Utusan Malaysia untuk mendapatkan laporan berita-berita terbaru. Mungkin ini persepsi peribadi saya, tetapi sejak kebelakangan ini saya dapati website Utusan Malaysia mejadi semakin semak dan semakin menyakitkan mata, berbanding dua tiga tahun lepas.
Berikut adalah perkara yang saya rasa boleh diperbaiki, dan diharap editor dan web developers Utusan Malaysia boleh memberikan perhatian:
- Dahulu, segmen "TERKINI" hanya akan muncul apabila betul-betul ada berita mutakhir, tidak setiap hari dan masa. Saya rasa umum bersetuju konsep berita mutakhir betul apabila berita yang dipaparkan mengenai bencana alam besar, kemalangan maut besar, kematian orang ternama, perkembangan politik mengejutkan, dan berita lain seumpamanya. Tetapi sekarang segment "TERKINI" muncul di bahagian paling atas SETIAP webpage di Utusan Malaysia, tidak kiralah samada berita tersebut telah berlaku 2 hari lepas dan sudah keluar di "print edition". Hampir setiap hari saya rasakan cerita yang dipaparkan "kurang mutakhir", diletakkan semata-mata untuk mengisi slot.
- Segmen "MENARIK" adalah konsep yang baik, untuk memaklumkan kepada pembaca berita-berita patut dibaca. Masalahnya, lokasi segmen ini diletakkan diatas setiap webpage. Isu ini dan isu segment "TERKINI" diatas menyebabkan pembaca terpaksa scroll lebih banyak ke bawah di setiap webpage untuk membaca berita yang mereka mahu. Saya percaya masih ada lagi pembaca mengguna monitor 15", dan 17" dengan resolusi rendah, dan dua segment "tetap" ini menyebabkan berita dalam setiap webpage berada di bahagian bawah skrin.
- Keupayaan server. Pada waktu puncak, biasanya 8.30-9.30 pagi, 30%-50% daripada request ke Utusan Malaysia akan gagal dengan error server timeout.
- Saya merasakan Utusan Malaysia patut menyediakan perkhidmatan Really Simple Syndication (RSS). Dengan RSS, pembaca akan lebih cepat maklumat tentang berita terkini. Teknologi ini semakin berkembangan dan semakin popular dikalangan pengguna web.
Saya berharap akan ada perkembangan positif daripada cadangan ini.
Document Actions
- Send this
- Print this
- Bookmarks


















Previous:
Jelapang toll claimed 7 more lives





