Please, don't call us 'Indon'
It's degrading for Indon to be called Indon
According to Ketua Umum Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI), Hamka M Noor, calling Indonesian "Indon" is demeaning and degrading for them.
SHAH ALAM: “Jangan panggil kami Indon lagi,” kata wakil Ketua Umum Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI), Hamka M Noor di sini, semalam.
Menurut Hamka, panggilan Indon yang popular di negara ini bagi merujuk kepada rakyat Indonesia temasuk Tenaga Kerja Indonesia (TKI), dianggap merendahkan taraf rakyat negara itu.
Katanya, panggilan Indon tidak pernah wujud di negara berkenaan dan media massa di negara ini yang bertanggungjawab mempopularkan panggilan terbabit.
“Panggilan Indon sangat sensitif di kalangan rakyat Indonesia terutama belia kerana ia berkait rapat dengan maruah rakyat di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
“Kami tidak menggunakan istilah Indon di negara kami dan pihak media massa di Malaysia sewajarnya berhenti menggunakan perkataan itu dan menggantikannya dengan panggilan penuh Indonesia,” katanya pada sidang media pada hari terakhir Dialog Malindo 2008 di Hotel Grand Blue Wave di sini, semalam.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang juga pembicara khas pada Dialog Malindo 2008 turut menyarankan rakyat negara ini menghentikan panggilan Indon terhadap warga Indonesia.
Menurutnya, istilah atau gelaran itu dianggap menghina dan menjatuhkan maruah rakyat negara jiran itu.
“Rakyat Indonesia tersinggung dan sakit hati dengan panggilan itu. Ia seolah-olah rakyat Malaysia memandang rendah serta tidak menghormati mereka sebagai jiran serumpun yang berkongsi banyak persamaan.
“Jika kita tahu panggilan berkenaan menyakit hati rakyat Indonesia, saya percaya kita perlu berhenti menggunakan perkataan itu. Saya turut berharap media massa yang menjadi saluran untuk mempopularkan panggilan ini dapat memenuhi permintaan rakyat Indonesia,” katanya pada sidang media selepas dialog berkenaan.
Menurut Khairy, beliau menerima banyak bantahan pemimpin politik dan belia yang kurang senang dengan panggilan Indon yang popular dan digunakan secara meluas di negara ini termasuk media cetak serta elektronik.
Beliau berkata, rakyat negara ini juga akan marah jika dipanggil dengan gelaran yang menyakitkan hati oleh rakyat negara jiran dan permintaan supaya menghentikan penggunaan gelaran atau istilah itu tidak pula dipedulikan.
Document Actions
- Send this
- Print this
- Bookmarks


















Previous:
...and Chua Soi Lek eventually quits all government and political posts




